PENGARAH SYARIKAT MILIKI SEGALANYA ?

Pada dasarnya tatkala seseorang yang telah mencecah umur 18 tahun, anda bukan
seorang bankrap dan anda tidak disabitkan apa-apa keslaahan jenayah anda
sudah boleh menjadi seorang Pengarah Syarikat !

Anda juga punyai sebuah syarikat.

Anda juga memiliki perniagaan.

Sebagai peneraju utama syarikat, anda  menjadi Pengarah
Urusan atau CEO, Pengerusi atau Presiden.

Anda seperti sudah punyai segalanya.

PENGARAH DAN DILEMA DENGAN RAKAN KONGSI ?

Di samping status yang anda nikmati, anda punyai rakan kongsi yang
juga pengarah.

Anda harus merujuk kepadanya untuk sebarang keputusan besar yang
akan anda lakukan.

Dia juga mungkin menyuntik modal dalam syarikat, jadi keputusannya
harus anda hormati.

Apabila sesuatu Resolusi  bertulis diperlukan, anda harus mendapatkan
persetujuan rakan kongsi.

Tatkala semua cek syarikat harus ditandatangan oleh rakan kongsi , anda harus
juga mendapatkan persetujuannya.

Anda juga punyai rakan kongsi dan anda harus berinteraksi dengannya.

Pokoknya anda juga punya kuasa membuat keputusan, menerima atau menolak
sesuatu keputusan, tetapi anda harus mendapatkan persetujuan.

Anda mungkin rasa seperti dikongkong; oleh peraturan , oleh rakan kongsi, oleh
semua perkara atas nama syarikat dan perniagaan.

SETIAUSAHA SYARIKAT : 'TEMAN' TERBAIK SEORANG PENGARAH SYARIKAT.

Sebagai Pengarah Syarikat, anda juga bertanggungjawab  menyelia hal-ehwal korporat syarikat anda
yang diwajibkan oleh pelbagai undang-undang di Malaysia khususnya  SSM dan LHDNM.

Tatkala semua urusan dibebankan ke atas bahu anda sebagai Pengarah , anda mungkin
berasa sedikit lega kerana anda ada seorang Setiausaha Syarikat untuk membantu anda
menjaga hal-ehwal korporat syarikat anda.

Setiausaha Syarikat menyediakan dokumentasi anda dalam hal perbankan.

Setiausaha Syarikat memfailkan pendaftaran anda sebagai pengarah dan
Pemegang Saham dan juga kemasukan serta penarikan diri pengarah dan
pemegang saham yang lain.

Setiausaha Syarikat mengemaskinikan rekod dan daftar yang diwajibkan oleh SSM dan
Akta Syarikat Malaysia.

Setiausaha Syarikat mengingatkan anda bahawa akaun syarikat anda harus
ditutup untuk diaudit.

Setiausaha Syarikat mengedarkan Laporan Audit syarikat kepada semua Pemegang Saham
yang lain dan memfailkan ke SSM.

Setiausaha Syarikat  mungkin pendengar terbaik sekiranya anda menghadapi
dilema dengan rakan kongsi.

Walaupun Setiausaha Syarikat tidak boleh campurtangan dalam hal ehwal
dalaman syarikat anda , tetapi dia boleh memberikan idea dan cadangan yang
boleh membantu anda membuat keputusan terbaik dalam menerajui syarikat anda.

PENGARAH SYARIKAT BERTANGGUNGJAWAB ATAS SETIAP PERKARA

Anda mencari modal untuk disuntik dalam perniagaan.

Anda mendapatkan projek atau membangunkan projek baru
untuk syarikat.

Anda menyelia operasinya.

Anda mengawasi hal ehwal kewangannya.

Anda mengatur hal ehwal pekerja.

Anda menyelia perihal pembekal dan kontraktor.

Anda perlu mengawal semua kos.

Anda menyelia jualan dan pemasarannya.

Bak kata anda yang membesarkan amalah boleh mengecilkan sesuatu syarikat.

Dengan menyempurnakan  semua tanggungjawam dan beban-beban ini
anda  mungkin sudah boleh dianggap seorang usahawan!


PERATURAN & REGULASI SYARIKAT : KEWAJIPAN YANG HARUS DISEMPURNAKAN SETIAP PENGARAH ?

Tatkala syarikat gagal menyerah dokumen yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) seperti  Penyata Tahunan , anda dipertanggungjawabkan kerana anda pengarahnya.

Tatkala syarikat gagal mengadakan Laporan Kewangan dan mengauditnya ,
anda dipertanggungjawabkan kerana anda pengarahnya.

Tatkala syarikat gagal membuat atau membayar caruman KWSP & PERKESO
pekerja, anda dipertanggungjawabkan kerana anda pengarahnya.

Tatkala syarikat gagal membuat atau membayar  GST atau lain-lain cukai Kastam,
anda dipertanggungjawabkan kerana anda pengarahnya.

Tatkala syarikat gagal membuat atau membayar Cukai Pendapatan dan lain-lain
obligasi dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM),  anda dipertanggungjawabkan
kerana anda pengarahnya.

Tatkala syarikat gagal membuat bayaran kepada pembekal atau sub-kontraktor anda
dipertanggungjawabkan kerana anda pengarahnya.

Tatkala syarikat gagal membuat bayaran pinjaman kepada peminjam atau bank,  anda
dipertanggungjawabkan kerana anda pengarah dan anda mungkin penjaminnya.

Tatkala syarikat melanggar sesuatu kontrak  dan disaman, anda
dipertanggungjawabkan kerana anda pengarahnya.

Tatkala syarikat tidak mendapat untung dan tidak dapat memberikan dividen kepada
Pemegang Saham anda dipersalahkan kerana mungkin anda dianggap tidak mentadbir
hal ehwal kewangan dengan secekapnya.

SETELAH ANDA MENGETAHUI SEMUA TANGGUNGJAWAB DAN TANGGUNGAN ANDA,
ADAKAH ANDA MERASA..

SEORANG PENGARAH PUNYAI HAK MUTLAK
MENGAWAL SYARIKAT? 

SEORANG PENGARAH PUNYAI KEDUDUKAN YANG PALING SELAMAT
DARI SUDUT UNDANG-UNDANG?  

SEORANG PENGARAH SEPATUTNYA ORANG YANG PALING BERKUASA DAN PALING
KAYA DALAM SYARIKAT ? 
Setiausaha Syarikat Berlesen
Licensed Company Secretary
A QAMS related entity
NNR MANAGEMENT SERVICES, PLT
No Pendaftaran Perniagaan : LLPP0018922-LGN
TANYA SETIAUSAHA SYARIKAT           Waktu Pejabat (Office Hours)
ASK THE COMPANY SECRETARY        9 AM - 5 PM Isnin-Jumaat (Mondays-Fridays)
+6019 476 5483                                       Tutup pada cuti umum (Closed on public holidays)
@ COPYRIGHT Q.A.M.S. CORPORATE SERVICES SDN BHD
Q.A.M.S. CORPORATE SERVICES SDN. BHD.
(Company registration no. 200001019813 (522420-M)
NO. 49, TINGKAT 1, JALAN TODAK 4. PUSATBANDAR SEBERANG JAYA, 13700 SEBERANG JAYA. PULAU PINANG. MALAYSIA
Telephone : +604 398 2488 / +604 398 4788     Fax: +604 399 3488  Email  : info@qamspg.com