KENAPA PEMATUHAN KEPADA AKTA SYARIKAT MENJADI KEWAJIPAN SETIAP PENGARAH SYARIKAT?
Sebagai seorang pengarah tidak semestinya anda bebas membuat apa saja yang anda sukai atau ingini.
Hakikatnya tindakan dan langkah anda dengan tersendiri terpantau oleh satu undang-undang yang dipanggil Akta Syarikat.
Dengan pemantauan ini, Pengarah syarikat seperti tidak punya jalan keluar daripada kewajipan korporat yang dimaktubkan
dalam Akta Syarikat Malaysia melainkan mematuhinya dengan sebaik mungkin!.
Setiausaha Syarikat Berlesen
Licensed Company Secretary
TANYA SETIAUSAHA SYARIKAT Waktu Pejabat (Office Hours)
ASK THE COMPANY SECRETARY 9 AM - 5 PM Isnin-Jumaat (Mondays-Fridays)
+6019 476 5483 Tutup pada cuti umum (Closed on public holidays)
@ COPYRIGHT Q.A.M.S. CORPORATE SERVICES SDN BHD
PROFIL KORPORAT SYARIKAT ANDA AKAN DIPAMERKAN OLEH SSM KEPADA ORANG AWAM DI SELURUH DUNIA MELALUI LAMAN WEBNYA.
Bagi sesiapa sahaja yang berurusan dengan anda dan syarikat anda, maklumat utama berikut dapat diperoleh secara atas talian (online) hanya dengan membayar fee kepada SSM :-
1- Siapa pengarah syarikat.
2- Siapa pemegang sahamnya.
3- Modal Berbayar syarikat.
4- Alamat dan jenis perniagaan syarikat.
5- Siapa Setiausaha Syarikat .
6- Samada syarikat punyai pinjaman/ hutang/gadai janji (mortgage).
7- Keberadaan Kewangan syarikat.
SSM MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB KEPADA ORANG AWAM DI SELURUH DUNIA UNTUK MEMASTIKAN MAKLUMAT SYARIKAT ANDA BETUL, TEPAT DAN TERKINI.
Pihak-pihak yang berurusan dengan syarikat anda seperti bank, pelabur, pembekal dan selainnya boleh menyemak samada anda telah memberikan maklumat yang benar atau tidak mengenai syarikat anda.
SEKIRANYA MAKLUMAT YANG ANDA BEKALKAN KEPADA SSM MELALUI SETIAUSAHA SYARIKAT ANDA TIDAK BETUL ATAU TIDAK BENAR ATAUPUN SYARIKAT ANDA LANGSUNG TIDAK KEMASKINI MAKLUMAT KORPORAT SELAMA BERTAHUN-TAHUN LAMANYA..
Anda hanya memberi persepsi negatif kepada orang awam dan pihak yang berurusan dengan anda mengenai cara anda mengendalikan syarikat anda.
ALANG-ALANG MENJADI PENGARAH, JADILAH PENGARAH
YANG CAKNA !
NO. 49, TINGKAT 1, JALAN TODAK 4. PUSATBANDAR SEBERANG JAYA, 13700 SEBERANG JAYA. PULAU PINANG. MALAYSIA
Telephone : +604 398 2488 / +604 398 4788 Fax: +604 399 3488
Email : info@qamspg.com