Q.A.M.S. CORPORATE SERVICES SDN. BHD.
(Company registration no. 200001019813 (522420-M)
NO. 49, TINGKAT 1, JALAN TODAK 4. PUSATBANDAR SEBERANG JAYA, 13700 SEBERANG JAYA. PULAU PINANG. MALAYSIA
Telephone : +604 398 2488 / +604 398 4788     Fax: +604 399 3488  Email  : info@qamspg.com
SESIAPA PUN BOLEH JADI AHLI PERNIAGAAN

Mungkin anda yakin dan bersedia menjadi ahli perniagaan kerana anda mempunyai
pengetahuan dan pengalaman yang cukup luas.  Mungkin juga anda graduan berijazah
kehormat sarjana dari universiti tempatan atau antarabangsa, seorang Professor
ataupun seorang profesional seperti peguam, doktor dan sebagainya.

Atau mungkin anda tidak punya kelulusan akademik yang tinggi tetapi anda punyai
disiplin dan kecergasan minda yang baik.  Atau mungkin anda hanya orang kampung
tetapi punyai keberanian dan semangat yang tinggi untuk berjaya.

Mungkin juga anda teruja melihat perniagaan kecil menjadi besar dan yang tempatan
menjadi global dan yakin anda juga boleh melakukannya!

Namun patut juga kalau anda sedikit gentar terutamanya ketika melihat perniagaan
yang besar jatuh menjadi kecil atau terus gulung tikar.

PENGARAH ATAU PEMEGANG SAHAM ?

Dengan mendaftarkan syarikat  sendirian berhad di Malaysia,  Brunei, atau private
limited company di Singapura, Hong Kong, China  atau “Corporation” di negara lain;
maupun Limited Liability Company LLC seperti di Amerika Syarikat ,
anda sudah menjadi seorang Pengarah Syarikat !

Juga dengan menyuntik modal seminima RM2 di Malaysia anda sudah menjadi
seorang Pemegang Saham atau Shareholder!

Samada anda berkedudukan sebagai  Pengarah ataupun Pemegang Saham, anda
sudah mempunyai tanggungjawab, hak  maupun tanggungan yang ditentukan
di bawah undang-undang syarikat di Malaysia!

SYARIKAT : ‘MELAHIRKAN ORANG BARU’

Dengan memperbadankan sebuah syarikat, anda sudah mewujudkan satu entiti
baru atau satu orang baru dalam ekonomi.

Syarikat ini adalah platform untuk anda membangunkannya dari kecil sehingga
sederhana dan seterusnya membesar sehingga  menjadi sebuah empayar
perniagaan bertaraf antarabangsa.

Melalui syarikat, anda juga membuka peluang pekerjaan kepada orang lain untuk
meyara kehidupan mereka.  Melalui syarikat juga, anda turut menyumbang kepada
kepada  perdagangan dan pembinaan masyarakat.

Kini andalah yang harus memastikan orang buatan ini mencapai matlamatnya!.

MENENTU BUDAYA DAN NILAI SYARIKAT

Anda terpaksa melalui segala susah payah dan pengorbanan demi membangunkan
syarikat dan perniagaan.

Tindakan anda ibarat kaki dan tangan syarikat anda.

Fikiran anda ibarat mindanya.

Diri anda adalah refleksi kepada imej syarikat anda.

Sikap dan pendirian anda boleh menjadi polisi dan ketetapan syarikat anda!

SAHAM SYARIKAT SAYA, PUSAKA SAYA !

Melalui  syarikat  anda  mempertarungkan tulang empat kerat, minda, jiwa dan raga membesarkannya seumpama  anda membesarkan seorang bayi.

Dengan perancangan dan amalan pengurusan yang terbaik anda juga mengumpulkan harta atas nama syarikat anda.

Harta ini, atas nama saham syarikat boleh anda pindahmilikkan.

Kejayaan syarikat tergantung kepada anda selaku penerajunya!

Semuanya terletak di bahu anda!
Setiausaha Syarikat Berlesen
Licensed Company Secretary
A QAMS related entity
NNR MANAGEMENT SERVICES, PLT
No Pendaftaran Perniagaan : LLPP0018922-LGN
TANYA SETIAUSAHA SYARIKAT           Waktu Pejabat (Office Hours)
ASK THE COMPANY SECRETARY        9 AM - 5 PM Isnin-Jumaat (Mondays-Fridays)
+6019 476 5483                                       Tutup pada cuti umum (Closed on public holidays)
@ COPYRIGHT Q.A.M.S. CORPORATE SERVICES SDN BHD