DAFTAR SYARIKAT UNTUK BERNIAGA

Dengan NAMA SYARIKAT yang sesuai dan diluluskan
oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) seorang
warga Malaysia atau warga asing yang berumur
lebih dari 18 tahun sudah boleh mendaftarkan
syarikat persendirian.
JENIS DAN AKTIVITI PERNIAGAAN

Anda boleh menjalankan apa jua bentuk dan jenis
perniagaan yang sah di Malaysia; daripada
perkhidmatan, perdagangan, perundingan,
kontraktor, pelaburan dan sebagainya.

MENJADI PENGARAH DAN PEMEGANG
SAHAM SYARIKAT

Dengan mendaftarkan syarikat, anda boleh memilih
untuk  menjadi PENGARAH dan  PEMEGANG SAHAM
serentak dalam syarikat anda sendiri. Sebaliknya
anda juga boleh melantik pihak lain sebagai
pengarah syarikat anda.
MODAL SYARIKAT

Selaku Pemegang Saham anda juga
hendaklah menyuntik MODAL dalam
syarikat ; tergantung kepada kemampuan
dan keperluan syarikat anda.  Anda juga
boleh bergabung dengan beberapa rakan
dan pihak lain untuk turut menyuntik
modal tambahan dalam syarikat 
untuk mengembangkan aktiviti perniagaan
mengikut perancangan anda.


SETIAUSAHA SYARIKAT IALAH
SETIAUSAHA KORPORAT

Setiap syarikat berdaftar hendaklah
mempunyai SETIAUSAHA SYARIKAT yang
berlesen dan diiktiraf oleh SSM.  Setiausaha
Syarikat  akan menyimpan, mengemaskini,
menyedia, merekod serta menasihatkan
anda, selaku pengarah dan pemegang
Saham  berkaitan hal ehwal korporat
yang perlu andaketahui atau patuhi
mengikut Akta Syarikat di Malaysia.


AGEN CUKAI PENDAPATAN

Syarikat  anda juga hendaklah menyerahkan
sesalinanLaporan Audit tersebut kepada
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
melalui Agen Cukai yang anda lantik.


PERLESENAN & PERMIT
PERNIAGAAN

Syarikat hendaklah memohon sendiri apa-apa
lesen perniagaan yang diperlukan mengikut
jenis perniagaandan aktivitinya dengan
merujuk kepada jabatan atau kementerian
yang berkaitan.
REKOD DAN DOKUMEN BERKANUN SYARIKAT

Syarikat anda hendaklah menyimpan rekod dan dokumen  berkanun, iaitu rekod dan dokumen yang wajib diadakan mengikut Akta Syarikat di Malaysia. Rekod dan dokumen akan disedia, difailkan , disimpan, dikemaskini dan dipersahkan oleh Setiausaha Syarikat anda.

PERLEMBAGAAN  SYARIKAT

Syarikat  anda  mestilah mempunyai PERLEMBAGAANnya. Anda boleh merangka Perlembagaan syarikat anda sendiri bagi menyesuaikan dengan kehendak anda dan rakan kongsi, Sebaliknya anda boleh menggunapakai segala peraturan yang ditetapkan dalam Akta Syarikat  Malaysia sekiranya anda mempunyai pengetahuan yang baik mengenai Akta tersebut.

AKAUN BANK DAN TRANSAKSI PERDAGANGAN

Setelah didaftarkan SSM,  syarikat anda  sudah boleh memulakan perniagaan, membuka akaun bank, melakukan segala bentuk perdagangan yang dirancangkan , membeli dan menjual harta, menandatangan apa-apa bentuk kontrak dan selainnya atas nama syarikat anda sendiri.

REKOD DAN DOKUMEN KEWANGAN SYARIKAT

Syarikat  anda hendaklah menyimpan dokumen dan rekod kewangan  dengan sebaiknya  dan kemudian diringkaskan dalam bentuk Penyata Kewangan tahunan atau bagi tempoh yang dikehendaki. Akaun Untung & Rugi dan Lembaran Imbangan syarikat anda hendaklah diaudit oleh Juruaudit Bertauliah . Laporan dan Penyata Kewangan Yang Diaudit  yang dikeluarkan oleh Juruaudit anda  hendaklah diserahkan oleh Setiausaha Syarikat anda kepada SSM setiap tahun.
Setiausaha Syarikat Berlesen
Licensed Company Secretary
A QAMS related entity
NNR MANAGEMENT SERVICES, PLT
No Pendaftaran Perniagaan : LLPP0018922-LGN
TANYA SETIAUSAHA SYARIKAT           Waktu Pejabat (Office Hours)
ASK THE COMPANY SECRETARY        9 AM - 5 PM Isnin-Jumaat (Mondays-Fridays)
+6019 476 5483                                       Tutup pada cuti umum (Closed on public holidays)
@ COPYRIGHT Q.A.M.S. CORPORATE SERVICES SDN BHD
Q.A.M.S. CORPORATE SERVICES SDN. BHD.
(Company registration no. 200001019813 (522420-M)
NO. 49, TINGKAT 1, JALAN TODAK 4. PUSATBANDAR SEBERANG JAYA, 13700 SEBERANG JAYA. PULAU PINANG. MALAYSIA
Telephone : +604 398 2488 / +604 398 4788     Fax: +604 399 3488  Email  : info@qamspg.com