BILAMANA PEMEGANG SAHAM MENINGGAL DUNIA  

Dari pengalaman kami selaku Setiausaha Syarikat, tatkala berlaku kematian seseorang Pemegang Saham, saham miliknya (SAHAM PUSAKA) samada dibekukan oleh Amanah Raya Berhad (ARB) dan hanya boleh dipindahmilik dengan izin ARB ataupun pindahmilik SAHAM PUSAKA tersebut hanya boleh diibuat dengan arahan mahkamah setelah melalui proses undang-undang tertentu. Ini memakan beberapa waktu yang agak lama.

Bagi syarikat yang aktif, ketiadaan (meninggal dunia) seorang Pemegang Saham boleh memberi impak kepada perjalanan syarikat lebih-lebih lagi sekiranya yang meninggal dunia itu seorang Pemegang Saham terbesar syarikat (majority shareholder).

MEWARISKAN SAHAM SYARIKAT (SAHAM PUSAKA)  

Isu lain yang boleh timbul ialah bilamana saham simati (milik satu orang) dipindahmilik kepada semua waris-warisnya (menjadi milik beberapa orang sehingga berbelas orang).  Waris yang menerima SAHAM PUSAKA tersebut  mungkin tidak tahu selok belok syarikat atau tidak berminat dengan perniagaan. Ini boleh menyebabkan gangguan kepada pengurusan syarikat.

Terdapat juga keadaan dimana waris yang menerima SAHAM PUSAKA tidak berminat meneruskan perniagaan dan ingin membubarkan syarikat dan mendapatkan wang berbanding SAHAM PUSAKA. Ini boleh diperolehi dengan menjualkan SAHAM PUSAKA kepada pihak lain atau membubarkan terus SYARIKAT PUSAKA dan hasil dari segala aset syarikat dibahagikan kepada semua pihak. Keadaan ini juga boleh menyebabkan gangguan kepada perjalanan syarikat.


SEKIRANYA ANDA INGIN PASTIKAN PERNIAGAAN SYARIKAT ANDA DITERUSKAN DENGAN BAIK SELEPAS KETIADAAN ANDA, MAKA ANDA BOLEH MENAMAKAN PENERIMA SAHAM ANDA SEKIRANYA BERLAKU KEMATIAN TERHADAP DIRI ANDA.

INI MEMBOLEHKAN ANDA MEMILIH SIAPA WARIS ANDA YANG PALING LAYAK YANG BOLEH MENERUSKAN USAHA PERNIAGAAN DAN MEMBAHAGIKAN HASIL PUSAKA ANDA DENGAN SEBAIKNYA KEPADA SEMUA WARIS ANDA.



DAPATKAN DOKUMENTASI PENAMAAN DAN PERWARISAN SAHAM SYARIKAT DENGAN SETIAUSAHA SYARIKAT ANDA.

+604 398 2488 / +604 398 4788


info@qamspg.com

PERSEPEKTIF ISLAM – TATKALA SYARIKAT MENJADI PUSAKA 


SUMBER : PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN.  Bertarikh :  8/1/2020. 
WEB RASMI : muftiwp.gov.my   HALAMAN : AL-KAFI #1507: HUKUM SYARIKAT PUSAKA
PAUTAN : https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3949-al-kafi-1507-hukum-syarikat-pusaka

“Harta peninggalan bersama-sama setiap benda yang terhasil atau berkembang biak berpunca darinya, adalah dikira sebagai harta pusaka, maka ia perlulah dibahagikan mengikut hukum faraid kepada para warisnya yang berhak. Justeru, dalam konteks soalan yang diajukan, maka kami katakan syer saham bagi kesemua syarikat sama ada yang asal begitu juga yang terhasil daripadanya adalah pusaka. Adapun, jika ada usul ataupun pertentangan dari seseorang, maka sebaiknya hal ini dirujuk ke mahkamah bagi menjalankan prosedur dan juga pengagihan yang lebih kemas…”

5 tahun selepas kematian Pemilik Perniagaan (Pemegang Saham),  syarikat telah berkembang dan telah mempunyai cawangan dan anak syarikat baru. Selepas kematian, syarikat diuruskan oleh ahli keluarga. Waris ingin faraidkan syarikat (Saham Pusaka).


SOALAN

1. Adakah kesemua syarikat (Syarikat Pusaka) sejak arwah (Pemegang Saham) ada sehinggalah syarikat baru yang tertubuh setelah
    peninggalannya termasuk dalam kiraan (Harta Pusaka) ?

2. Atau cuma 2 syarikat yang wujud ketika arwah ada sahaja dikira sebagai harta faraid?

3. Adakah syarikat yang baru (berkembang selepas kematian Pemegang Saham)  tidak termasuk dalam kiraan faraid? 

JAWAPAN

“Harta peninggalan ialah semua yang ditinggalkan oleh si mati selepas kematiannya sama ada dalam bentuk harta alih seperti emas, perak, duit, perabot, saham dan sebagainya, atau dalam bentuk harta tidak alih seperti tanah, rumah dan sebagainya. Kesemua ini termasuklah dalam takrifan harta peninggalan. Maka, apabila meninggalnya seseorang dan meninggalkan sekian-sekian harta seperti di atas, maka hendaklah ia dibahagikan kepada para warisnya yang berhak.”

“Berbalik kepada persoalan yang diajukan mengenai anak syarikat dan juga keuntungan saham yang berkembang setelah pemergian seseorang, jika ia (saham dan syarikat) berkembang dari modal yang sama iaitu dari harta peninggalan ayahnya, maka kami katakan bahawa keuntungan saham dan juga anak syarikat yang terbit walaupun setelah sekian lama pemergian ayahnya itu, kesemua itu adalah termasuk dalam harta pusaka dan mestilah dibahagikan secara faraid kepada ahli waris yang berhak.”

“Berkenaan dengan hal orang yang mengusahakan harta peninggalan sehingga berkembang namun belum dibahagikan kepada ahli warisnya yang berhak, jika orang yang menguruskan misalnya dalam kes ini, abang sulung menguruskan syarikat tersebut sehinggalah berkembang biak di bawahnya wujud anak-anak syarikat yang baharu dan juga saham yang banyak, maka perlulah dilihat di sini terlebih dahulu status asal syarikat tersebut yakni jika abang sulung tersebut meletakkan modal juga maka bolehlah diasingkan modal abang sulung dari harta asal dan yang bertambah darinya sebelum dibahagikan. Seterusnya, jika abang sulung menguruskannya atas sebab kerelaannya sendiri dan dia menghalalkan kesemua pengorbanannya bersama keuntungan syarikat dan sebagainya supaya dibahagikan sesama waris mengikut hukum faraid adalah lebih baik dan ganjaran yang besar di sisi Allah S.W.T. Namun, jika dia meminta upah dari usahanya itu, maka bolehla dibayar mengikut upah yang setimpal dengan usahanya.”

NO. 49, TINGKAT 1, JALAN TODAK 4. PUSATBANDAR SEBERANG JAYA, 13700 SEBERANG JAYA. PULAU PINANG. MALAYSIA
Telephone : +604 398 2488 / +604 398 4788     Fax: +604 399 3488
Email  : info@qamspg.com

Setiausaha Syarikat Berlesen
Licensed Company Secretary
Rakan Sekutu
TANYA SETIAUSAHA SYARIKAT       Waktu Pejabat (Office Hours)
ASK THE COMPANY SECRETARY            9 AM - 5 PM Isnin-Jumaat (Mondays-Fridays)
+6019 476 5483                      Tutup pada cuti umum (Closed on public holidays)




@ COPYRIGHT Q.A.M.S. CORPORATE SERVICES SDN BHD