BAGAIMANA 'BO' TERJADI

BO BOLEH WUJUD DALAM KEADAAN BERIKUT :

1. Anda pegang lebih dari 20% saham sesuatu syarikat.

2. Anda guna/pinjam nama orang lain untuk jadi Pengarah atau Pemegang Saham syarikat sedangkan
anda yang kawal dan biayai syarikat tersebut.

3. Anda berpakat dengan Pemegang Saham lain untuk kuasai syarikat melalui undi majoriti samada
melalui persetujuan lisan atau perjanjian khas.

4. Anda (contoh : Pelabur atau Pengasas syarikat) punyai kuasa tertentu untuk mengarahkan
Lembaga Pengarah atau Pemegang Saham syarikat untuk ikut kehendak anda.

5. BO boleh wujud dalam pelbagai keadaan lain mengikut keadaan kes.

MAKSUD 'BO'

Beneficial Ownership atau pemilikan benefisial bermaksud pemilik sebenar / pemilik mutlak
(ultimate owner) saham berdaftar sesuatu syarikat. BO boleh berlaku dengan ada perjanjian
bertulis, secara lisan atau dengan sesuatu penyusunan  (arrangement).  Walaupun BO
diterjemah ke Bahasa Malaysia sebagai Pemilikan Bermanafaat/Benefisial tetapi dalam
hal ini disebut sebagai Pemilikan Sebenar bagi memudahkan fahaman umum.

SIAPA 'BO' SAHAM SYARIKAT

BO adalah seorang individu (natural person) yang ada hak mengawal sesebuah syarikat 
atau seseorang Pemegang Saham secara mutlak (ultimate effective control). Seorang BO
mungkin juga  memegang jawatan tertentu dalam syarikatnya seperti Pengarah, Pengerusi,
CEO, CFO, pengurus, pekerja dan sebagainya. Mungkin ada lebih dari satu orang BO
yang mengawal sesebuah syarikat.

SIAPA PERLU ISYTIHAR 'BO'

Setiap PEMEGANG SAHAM BERDAFTAR (atau dipanggil “Member”) syarikat diwajibkan
isytihar siapa pemilik mutlak atau BO saham yang mereka pegang.

SIAPA PEMEGANG AMANAH

Pemegang Amanah atau TRUSTEE atau Nominee pada amnya adalah seorang individu
atau syarikat yang memegang saham untuk kepentingan atau bagi pihak orang lain.
Mereka mesti isytiharkan siapa BO saham yang mereka pegang.

JIKA TIDAK LAPOR 'BO' KE SSM

Sesiapa yang gagal mematuhi notis 'BO' yang dikeluarkan oleh syarikat atau memberikan
maklumat yang palsu atau mengelirukan adalah melakukan kesalahan di bawah
seksyen 56 (7) Akta Syarikat 2016. - SSM

JIKA LAPOR MAKLUMAT 'BO'
YANG TIDAK BENAR

Adalah menjadi satu kesalahan jika membuat atau membenarkan dibuat satu pernyataan
yang seorang tahu ianya palsu atau mengelirukan dan orang tersebut boleh dipertanggungjawabkan 
dan jika disabitkan membawa kepada penjara bagi tempoh tidak melebihi 10 tahun dan
denda tidak melebihi RM 3 juta atau keduanya. -  seksyen 591 Akta Syarikat 2016

'BO' - KEWAJIPAN SIAPA JAGA DAN
KEMASKINI MAKLUMAT


Setiap SYARIKAT DAN PERNIAGAAN yang berdaftar dengan SSM bertanggungjawab untuk
adakan prosidur dan dokumentasi  khas sendiri (internal documentation ) untuk kenalpasti
dan simpan rekod BO mereka. 

SETIAUSAHA SYARIKAT mesti rekod maklumat BO yang diterima dari Pemegang
Saham syarikat kedalam ‘DAFTAR BO’ dan serahsimpan ke SSM bersama dengan Penyata
Tahunan (Annual Return) syarikat SETIAP TAHUN.

Maklumat BO hendaklah dikemaskini dalam keadaan berikut :-
      (i) setiap tahun ketika memfail PENYATA TAHUNAN (ANNUAL RETURN) syarikat ke SSM,
      (ii) selepas perbadankan (incorporate ) syarikat baru,
      (ii) berlaku perubahan pegangan saham - pengumpukan saham /allotment of shares
            atau  pindahmilikan  saham /transfer of shares

PENYIMPANAN DOKUMEN DAN  REKOD
'BO' SYARIKAT

Maklumat dan dokumen BO mesti disimpan di PEJABAT BERDAFTAR SYARIKAT
(bagi kebanyakan pelanggan, alamat Pejabat Berdaftar mereka di QAMS)

Maklumat dan dokumen BO mesti disimpan sekurang-kurangnya 7 tahun dari
tarikh seseorang berhenti menjadi BO.

Maklumat dan dokumen BO di Pejabat Berdaftar hanya boleh diakses oleh BO
secara peribadi,  badan berautoriti dan agensi penguatkuasaan kerajaan.

DAFTAR BO (REGISTER OF BENEFICIAL OWNERS) diwujudkan dan disimpan
oleh SETIAUSAHA SYARIKAT  dan SSM (SSM FAQ - Beneficial Ownership
Reporting Framework Of Legal Persons).

JURUAUDIT syarikat dan lain-lain pihak tiada akses kepada REGISTER OF
BENEFICIAL OWNERS. Juruaudit tidak perlu melaporkan sebarang maklumat
BO dalam laporannya. (SSM FAQ - Beneficial Ownership Reporting
Framework Of Legal Persons).

ADAKAH SAHAM SIMATI JADI HAK WARISNYA
ATAU  HAK 'BO'

QAMS berpendapat jika Pemegang Saham (yang bukan BO) meninggal dunia (simati)
waris atau pentadbir pusaka simati mungkin menuntut saham dipindahmilik kepada
waris simati.

Dalam keadaan sebegini, BO boleh menggunakan rekod BO yang ada
pada SSM dan SETIAUSAHA SYARIKAT untuk menuntut saham simati dipindahmilikkan
kepadanya atau sesiapa yang ditentukannya. Sebaliknya jika BO meninggal dunia,
waris BO boleh menuntut saham tersebut dipindahmilikkan kepada mereka.


NO. 49, TINGKAT 1, JALAN TODAK 4. PUSATBANDAR SEBERANG JAYA, 13700 SEBERANG JAYA. PULAU PINANG. MALAYSIA
Telephone : +604 398 2488 / +604 398 4788     Fax: +604 399 3488
Email  : info@qamspg.com

Setiausaha Syarikat Berlesen
Licensed Company Secretary
Rakan Sekutu
TANYA SETIAUSAHA SYARIKAT       Waktu Pejabat (Office Hours)
ASK THE COMPANY SECRETARY            9 AM - 5 PM Isnin-Jumaat (Mondays-Fridays)
+6019 476 5483                      Tutup pada cuti umum (Closed on public holidays)




@ COPYRIGHT Q.A.M.S. CORPORATE SERVICES SDN BHD