PERUBAHAN MAKLUMAT KORPORAT

Umumnya, apa-apa perubahan berkaitan dengan LEMBAGA PENGARAH ( peraturan, perlantikan, perletakan jawatan atau penyingkiran ),  dalam STRUKTUR SAHAM ( pertambahan, pemindahan, pengubahsuaian) atau dalam SYARIKAT ( aktiviti perniagaan, pindaan M&A,  pembelian harta, pertukaran status, dll )  hendaklah dirujuk kepada COSEC untuk dijadikan rasmi mengikut prosidur CA 1965 dan didaftarkan dengan SSM bila perlu. Masa adalah penting kerana kelewatan menyerahsimpan sesuatu dokumen ke SSM boleh mengakibatkan denda. Sila dapatkan nasihat COSEC.

CORPORATE INFORMATION CHANGES | In general, any changes pertaining to the BOARD OF DIRECTORS ( regulation, appointment, resignation or dismissal ) ,  in SHARE STRUCTURE ( increase, transfer, modification) or in the COMPANY ( business activities, alteration of M&A, asset acquisition, change of status, etc ) must be referred to the COSEC so to be formalized in accordance with the procedures of the CA 1965 and registered with the SSM where necessary.  Time is important as delay in filing a document to the SSM will cause penalty. Kindly seek the COSEC's advise.

MESYUARAT AGONG TAHUNAN

Setiap syarikat yang berdaftar di Malaysia wajib mengadakan  AGM  bagi anggotanya (pemegang saham) setiap tahun berdasarkan  AGENDA khas yang akan dinasihatkan oleh COSEC.  LAPORAN AUDIT ( Laporan dan Penyata Kewangan Yang Diaudit)  mestilah dibentangkan kepada pemegang saham/anggota dalam mesyuarat ini.  Masa adalah penting kerana bersangkutan dengan penyerahan Penyata Tahunan dan Laporan Audit tersebut ke SSM. SSM sering memantau peraturan ini dan akan mengenakan DENDA atas sebab gagal mematuhi. COSEC akan menasihatkan perihal ini.

ANNUAL GENERAL MEETING | Every registered company in Malaysia must conduct the AGM of  its members (shareholders)  annually subject to a specified AGENDA to be advised by the COSEC. The company's Audited Report  ( Audited Report and Financial Statement)  must be presented to the members  at the meeting.  Time is important as it is connected to lodgement of the Annual Return and Audited Report  to the SSM.  The SSM is regularly monitoring  this regulation and will impose PENALTIES on failure to comply. The COSEC will advise. 
AKAUN TAHUNAN

Setiap syarikat yang berdaftar di Malaysia hendaklah mengadakan lejar akaun yang sepatutnya dan menyediakan PENYATA KEWANGANnya; terdiri daripada LEMBARAN IMBANGAN dan AKAUN UNTUNG DAN RUGI bagi setiap tahun kewangannya.  TEMPOH PERAKAUNAN syarikat bermula daripada tarikh pemerbadanannya.  Pelanggan dinasihatkan mendapatkan khidmat AKAUNTAN BERTAULIAH bagi memastikan akaun syarikat disediakan mengikut piawaian MASB.  Masa adalah penting kerana ia bersangkutan dengan penyerahan akaun kepada Juruaudit untuk diaudit. LHDN dan SSM sering memantau peraturan ini.  COSEC akan menasihatkan perihal ini.

ANNUAL ACCOUNTS | Every registered company in Malaysia must maintain proper ledgers of accounts and prepare its  FINANCIAL STATEMENT; consisting of the BALANCE SHEET and the PROFIT AND LOSS ACCOUNT  every financial year.  The company's ACCOUNTING PERIOD starts from its date of incorporation. The company is advised to engage  QUALIFIED ACCOUNTANTS to ensure its accounts are prepared in accordance with the MASB standard.  Time is important as it is connected to passing the accounts to the Auditors for auditing. The LHDN and  SSM are regularly monitoring  this regulation.  The COSEC will advise. 
CARIAN MAKLUMAT KORPORAT & PERNIAGAAN

Apabila pelanggan perlu MENYEMAK STATUS syarikat mereka atau syarikat dan perniagaan lain yang berurusan dengannya, satu MAKLUMAT KORPORAT rasmi boleh diperolehi daripada SSM. Untuk membuat carian ini, NAMA syarikat ata perniagaan serta NOMBOR pendaftaran hendaklah dibekalkan.

CORPORATE & BUSINESS INFORMATION SEARCH |  In the event that any client needs to check their company status or  the status of other companies or businesses they are dealing with, an official CORPORATE INFORMATION  may be obtained from the SSM.  To conduct a search, the company or business NAME and registration NUMBER must be provided.
CUKAI KORPORAT

Umumnya setiap syarikat berdaftar di Malaysia mestilah menyerahkan Borang Retan Cukai Pendapatannya (Borang C) kepada LHDN setiap tahun .
Syarikat boleh melantik AGEN CUKAI atau PERUNDING CUKAI (Akauntan bertauliah atau mereka yang dilesenkan oleh LHDN) untuk menguruskan hal peribadi cukainya
dengan LHDN. Lain-lain peraturan berkaitan cukai korporat dan yang berkait dengan syarikat sebagai majikan seperti Borang Majikan, potongan cukai bulanan
dan lain-lain hendaklah dirujuk kepada ajen cukai yang dilantik. Masal adalah penting kerana kelewatan melaporkan ke LHDN boleh mengakibatkan denda
dan LHDN sering memantau peraturan ini. COSEC akan menasihatkan perihal ini.

CORPORATE TAX |  In general, every registered company in Malaysia must submit its Tax Return form (Form C) to the LHDN every year. The company may appoint a TAX AGENT or TAX CONSULTANT (Chartered Accountants or any parties licensed by LHDN) to manage its tax matters with the LHDN. Other regulations pertaining to corporate tax and involving the company as Employer such as the Employer's return monthly tax deduction, etc should be referred to the appointed Tax Agent. Time is important as delay in reporting to the LHDN will cause penalty and the LHDN regularly monitoring this regulation. The COSES will adviseon the matter.
NASIHAT HAL EHWAL KORPORAT

Bagi memastikan tindakan anda adalah terbaik, pelanggan dinasihatkan  mendapatkan pandangan para pakar sebelum melaksanakan sesuatu perubahan yang besar seperti  melibatkan STRUKTUR SAHAM, PENGAMBILALIHAN SYARIKAT , PENJUALAN SYARIKAT dan PENSTRUKTURAN SEMULA; termasuklah apabila berlaku KRISIS antara PENGARAH, PEMEGANG SAHAM dan SYARIKAT.  Pada dasarnya kami akan memberikan pandangan asas tanpa caj sekiranya tidak melibatkan dokumentasi. Bagi pihak pelanggan, kami juga  akan merujuk kepada professional lain seperti peguam, juruaudit serta agen cukai jika perlu. 

CORPORATE AFFAIRS ADVISORY | To ensure that your actions are at its best, clients are advised to seek the expert's opinion before undertaking a major change such as involving SHARE STRUCTURE, TAKEOVER OF COMPANY, SALE OF COMPANY and RESTRUCTURING;  including when there is a CRISIS between DIRECTORS, SHAREHOLDERS and THE COMPANY. In general we would offer our initial   view without charge if not involving documentation. On behalf of our clients, we would also refer to other professionals such as lawyers, auditors and tax agents where necessary.

PENGGULUNGAN & PEMBATALAN

Apabila syarikat telah berdaftar telah memberhentikan PERNIAGAAN atau TIDAK BEROPERASI ataupun mahu MENAMATKAN KEWUJUDANNYA, ia boleh memohon kepada SSM untuk membatalkan syarikat ataupun sekiranya permohonannya tidak diluluskan, syarikat tersebut boleh DIBUBARKAN SECARA SUKARELA. Sila dapatkan nasihat COSEC.

WINDING UP & STRIKING OFF  |  In the event that any registered company CEASED BUSINESS or is DORMANT or wants to CEASE ITS EXISTENCE, it may apply to the SSM for cancellation of the company in the event the cancellation is not approved, the company may be WOUND UP VOLUNTARILY. Kindli seek the COSEC's advise.
PENYATA TAHUNAN

Setiap syarikat yang berdaftar di Malaysia mestilah mengemaskini serta melaporkan kedudukannya dalam borang khusus ( bagi syarikat Sendirian Berhad,  "Form of Annual Return of a Company Having a Share Capital"  ) yang akan disediakan oleh  COSEC selepas AGM.  Borang ini hendaklah diserahsimpan dengan SSM berserta Laporan Audit.  Masa adalah penting kerana kelewatan menyerahsimpan sesuatu dokumen ke SSM boleh mengakibatkan denda dan SSM sering memantau peraturan ini.   COSEC akan menasihatkan perihal ini.

ANNUAL RETURN |  Every registered company in Malaysia must update and report its standing in a specified form (for private limited company, a "Form of Annual Return of a Company Having a Share Capital")  which will be prepared by the COSEC after the AGM. This form  must be lodged with the SSM together with the Audited Report.  Time is important as delay in filing a document to the SSM will cause penalty and the SSM is regularly monitoring  this regulation .  The COSEC will advise. 
LAPORAN & PENYATA KEWANGAN BERAUDIT

Akaun bagi setiap syarikat yang berdaftar di Malaysia hendaklah diaudit oleh akauntan bertauliah yang dilesenkan oleh Kementerian Kewangan sebagai JURUAUDIT syarikat.   Juruaudit akan melaksanakan pemeriksaan  ke atas akaun syarikat dan kemudiannya mengeluarkan LAPORAN DAN PENYATA KEWANGAN YANG DIAUDIT. Laporan ini digunakan untuk perisytiharan CUKAI PENDAPATAN dengan LHDN,  dibentangkan dalam AGM dan diserahsimpan ke SSM bersama Penyata Tahunan.  Masa adalah penting kerana kelewatan menyerahsimpan sesuatu dokumen ke SSM  dan LHDN boleh mengakibatkan denda. SSM  dan LHDN sering memantau peraturan ini. COSEC akan menasihatkan perihal ini.

AUDITED REPORT & FINANCIAL STATEMENT | The accounts of every registered company in Malaysia must be audited by chartered accountants licensed by the Ministry of Finance as  approved AUDITORS.  The Auditors will perform an inspection on the company's accounts  and then issue an AUDITED REPORT AND FINANCIAL STATEMENT.  This report  is used for INCOME TAX declaration with the LHDN, presented in the AGM and lodged with the SSM together with the Annual Return.   Time is important as delay in filing a document to the SSM will cause penalty.  The SSM and LHDN are  regularly monitoring  this regulation. The COSEC will advise. 

CONTACT


NO. 49, TINGKAT 1, JALAN TODAK 4. PUSATBANDAR SEBERANG JAYA.
13700 SEBERANG JAYA. PULAU PINANG. MALAYSIA
ENQUIRIES PERTANYAAN


TEL          : +604 398 2488
                  +604 398 4788
FAX         : +604 399 3488

E-MEL     : INFO@QAMSPG.COM
@ COPYRIGHT Q.A.M.S. CORPORATE SERVICES SDN BHD & QAMS PG CORPORATE ADMINISTRATORS SDN BHD
Ahli Persatuan Setiausaha Syarikat Bumiputera Wilayah Utara
Q.A.M.S. Corporate Services Sdn Bhd
QAMS PG Corporate Administrators Sdn Bhd
Licensed Company Secretary
Setiaosaha Syarikat Berlesen
MESYUARAT  & RESOLUSI PENGARAH

Umumnya, syarikat boleh mengadakan mesyuarat secara fizikal bila perlu ataupun meluluskan keputusannya melalui RESOLUSI bertulis sebagai alternatif. MINIT MESYUARAT hendaklah disediakan dan dimasukkan ke Buku Minit. COSEC selalunya  diminta hadir dan menyediakan minit mesyuarat tersebut. Minit dan resolusi umumnya adalah DOKUMEN PENTING yang mendokong sesuatu tindakan yang juga boleh dijadikan bukti di mahkamah.  Sila dapatkan nasihat COSEC.

BOARD MEETING & RESOLUTION |  In general, a company may convene a physical board meeting as and when required or alternatively pass a written RESOLUTION in replacement of  a meeting's decision. A MINUTE of the meeting must be prepared and entered in the company's Minute Book. The COSEC is usually requested to attend the meeting and prepare the minutes.  Minutes and resolutions are IMPORTANT DOCUMENTS that support an action and may be used as evidence in court.   Kindly seek the COSEC's advise.
SSM
Suruhanjaya Syarikat Malaysia| Companies Commission Of  Malaysia

CA1965
Akta Syarikat 1965 | Companies Act 1965

LHDN
Lembaga Hasil Dalam Negeri  | Inland Revenue Board

M&A
Memorandum & Artikel Persatuan | Memorandum & Articles Of Association

COSEC
Setiausaha Syarikat / Setiausaha Korporat Berlesen | Licensed Company Secretary / Corporate Secretary

LLP
Perkongsian Liabiliti Terhad  | Limited Liability Partnership

MASB
Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia  | Malaysian Accounting Standards Board

AGM
Mesyuarat Agong Tahunan  | Annual General Meeting
TIPS QAMS
PERATURAN PENSYARIKATAN  diadakan agar memelihara perhubungan di antara pihak-pihak yang terlibat di dalam syarikat itu sendiri ( pengarah, pemegang saham, pegawai) dan juga di antara syarikat dengan pihak ketiga ( bank, pembekal, dll) dengan menetapkan posisi, tanggungjawab, tanggungan dan hak masing-masing. Tanpa peraturan manusia kadangkalanya membuat andaian dan tindakan yang boleh memusnahkan usaha bersama  ketika membangunkan perniagaan dan sehingga boleh memusnahkan perhubungan sesama mereka. Kedudukan SETIAUSAHA SYARIKAT adalah  sebagai pegawai atasan yang harus mengambiltahu mengenai perundangan dan peraturan syarikat  agar dapat menasihatkan pengarah-pengarah serta pemegang saham syarikat di ketika perlu.. Dengan adanya Setiausaha Syarikat, pengarah dapat lebih menumpukan usaha untuk memajukan perniagaan demi memberikan pulangan yang terbaik kepada pemegang saham mereka. Laman ini menjelaskan serba sedikit mengenai peraturan yang bersangkutan dengan syarikat  di Malaysia. Anda harus membaca untuk mengenalnya kemudian boleh mendapatkan pandangan lanjut untuk menetapkan keputusan  anda.  Semoga Berjaya!