LATIHAN KORPORAT & PERNIAGAAN
Corporate and Business Training
Undang-undang korporat di Malaysia mempunyai rangka dan struktur yang meluas dan hampir setara dengan perundangan syarikat “limited companies” atau ‘corporation’ di negara-negara lain umpamanya United Kingdom, Amerika, Australia , Brunei, Singapura. Kelebihan ini membolehkan syarikat Malaysia menjelajah ke luar negara malah menguasai syarikat-syarikat luar negara.
PERNIAGAAN : HARUS BERSEDIA HADAPI CABARANNYA

Dengan kemantapan pengurusan dan kepimpinan, usahawan boleh menerajui syarikatnya bagi mencapai tahap yang setara dengan para ahli perniagaan dan korporat antarabangsa. Sesuatu perniagaan yang terbaik harus stabil dan kestabilan sesuatu syarikat bergantung kepada kemantapan pasukan pengurusannya khususnya ahli-ahli Lembaga Pengarahnya yang merupakan pasukan tertinggi dalam struktur sesebuah syarikat.
PIMPIN SYARIKAT KE ARAH KECEMERLANGAN

Para usahawan dan ahli perniagaan kecil dan sederhana rata-ratanya memiliki pendidikan yang baik dan dianggap mempunyai kemampuan yang tersendiri untuk menerajui perniagaan dan syarikat.  Pengarah Syarikat perlu mendapatkan pendedahan asas mengenai pensyarikatan agar mereka dapat menangani isu-isu berkaitan hak  dan tanggungan pengarah serta pemegang saham dengan sebaiknya. Sesuatu konflik boleh bermula hanya dengan perselisehan pendapat antara pengarah dan pemegang saham dan ini, sekiranya berlanjutan boleh menjejaskan keberadaan syarikat itu sendiri.
BUKA SYARIKAT  BIAR SAMPAI  TEGUH

Perkongsian maklumat antara pengarah-pengarah syarikat dengan para profesional dalam hal ehwal korporat seperti Setiausaha Korporat , juruaudit dan peguam korporat dapat membantu para pengarah syarikat dalam menyempurnakan tugas dan kewajipan mereka. Penguasaan ilmu dan maklumat meningkatkan kapasiti dan  kredibiliti mereka selaku pimpinan syarikat dan perniagaan. 
KONGSI ILMU, TINGKATKAN  KEPANDAIAN

Salah satu aspek kejayaan sesuatu syarikat dalam mengembangkan sayapnya merentasi sempadan dan lautan luas ialah kebolehan pasukan pengurusannya dalam mengeksploitasikan kelebihan dan kekurangan sesuatu perkara dan peraturan bagi mencapai hasrat dan perancangan mereka. Mentaliti positif para peneraju syarikat-syarikat kecil dan sederhana adalah satu elemen penting yang dapat melonjakkan perkembangan sesuatu perniagaan dan syarikat.
KEMBANGKAN PERNIAGAAN DENGAN MENEROKA KE DALAM DUNIA SEBENAR PERNIAGAAN & KORPORAT
EXPAND BUSINESS THROUGH EXPLORATION INTO THE REAL BUSINESS & CORPORATE WORLD
Setiaosaha Syarikat Berlesen
Licensed Company Secretary
Ahli Persatuan Setiausaha Syarikat Bumiputera Wilayah Utara
NO. 49, TINGKAT 1, JALAN TODAK 4. PUSATBANDAR SEBERANG JAYA, 13700 SEBERANG JAYA. PULAU PINANG. MALAYSIA
WAKTU PEJABAT (OFFICE HOURS) : 9AM-5PM ISNIN-JUMAAT (MONDAY-FRIDAY) .
Tutup Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (Closed on Saturdays, Sundays and public holidays).
KEJAYAAN SYARIKAT KEJAYAAN BERSAMA

Kejayaan setiap syarikat sekaligus merupakan sumbangan kepada perkembangan ekonomi dan penyediaan ruang pekerjaan kepada masyarakatnya.
TANYA SETIAUSAHA SYARIKAT           Email : info@qamspg.com 
ASK THE COMPANY SECRETARY          Telephone : +604 398 4788

@ COPYRIGHT Q.A.M.S. CORPORATE SERVICES SDN BHD