CARIAN NAMA SYARIKAT

Sebuah syarikat boleh diperbadankan di Malaysia dengan NAMA yang disukai dengan syarat nama tersebut diluluskan oleh SSM. Nama syarikat persendirian hendaklah berakhir dengan "SDN. BHD." atau "SENDIRIAN BERHAD" manakala bagi syarikat awam dengan "BERHAD". Pada dasarnya SSM akan MENOLAK nama yang sama maupun menyerupai nama syarikat lain yang sudah didaftarkan dan nama-nama yang tidak dibenarkan di antaranya  "Diraja", 'Putera", "Puteri", "Nasional" , "Persekutuan", "ASEAN", "Corporation" dan nama lain yang dianggap SSM tidak sesuai sebagai nama syarikat. Nama-nama tertentu seperti "Institut", "Amanah", "Pelaburan" dan lain-lain memerlukan kelulusan Menteri. Sila rujuk COSEC.

COMPANY NAME SEARCH | A company can be incorporated in Malaysia  with any desired  NAME provided that the name is approved by the SSM. A private company's name must end with the word "SDN. BHD."  or "SENDIRIAN BERHAD" whilst "BERHAD" for a public company. In general, the SSM would REJECT a name that is same or similar to any registered company's  name and any prohibited names such as "Royal" , "Prince", "Princess" , "National", "Federal" , "ASEAN", "Corporation" and  others which the SSM regards as unsuitable for a company's name. Certain names such as "Institute", "Trust" , "Investment" and others requires the approval of the Minister.  Kindly refer  the COSEC.
SSM
Suruhanjaya Syarikat Malaysia| Companies Commission Of  Malaysia

CA1965
Akta Syarikat 1965 | Companies Act 1965

LHDN
Lembaga Hasil Dalam Negeri  | Inland Revenue Board

M&A
Memorandum & Artikel Persatuan | Memorandum & Articles Of Association

COSEC
Setiausaha Syarikat / Setiausaha Korporat Berlesen | Licensed Company Secretary / Corporate Secretary

LLP
Perkongsian Liabiliti Terhad  | Limited Liability Partnership

MASB
Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia  | Malaysian Accounting Standards Board

AGM
Mesyuarat Agong Tahunan  | Annual General Meeting
SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD

Pada dasarnya, warga Malaysia dan/atau warga asing boleh mendaftarkan syarikat persendirian bagi menjalankan apa-apa perniagaan yang sah di Malaysia dengan SYARAT MINIMA  2 orang sebagai PENGARAH dan 2 orang PEMEGANG SAHAM sahaja.   MODAL BERBAYAR minima sebanyak RM2.00 ( setiap pemegang saham mengambil 1 unit saham pada nilai RM1.00 setiap satu) dan MODAL SAHAM DIBENARKAN sebanyak RM400,000.00 (atau 400,000 unit saham pada nilai RM1.00 setiap satu ) sahaja boleh diterimapakai.  Sebuah syarikat berdaftar mestilah mempunyai COSEC bagi menyelaras dan menasihatkan berkaitan hal ehwal korporat mengikut CA 1965.

Kos pendaftaran sebuah syarikat akan termasuk  rekod korporat yang wajib diadakan mengikut CA 1965 seperti BUKU DAFTAR, BUKU MINIT, SIJIL SAHAM dan METERAI yang akan disimpan di pejabat COSEC sebagai PEJABAT BERDAFTAR syarikat.  SIJIL PEMERBADANAN ("FORM 9") akan dikeluarkan oleh SSM tatkala didaftarkan.  M&A , sebuah dokumen yang mewakili kesahihan syarikat dan peraturan dalamannya akan dikeluarkan dan disahkan oleh COSEC.  Syarikat boleh memulakan perniagaan dari tarikh pemerbadanannya termasuklah membuka akaun bank , dll. Pengarah dan pemegang saham boleh merujuk kepada COSEC untuk nasihat mengenai PROSIDUR serta PEMATUHAN dalam hal ehwal korporat dan dokumentasi yang ditetapkan serta pendaftaran dengan  SSM. Kos tahunan bagi perkhidmatan korporat oleh COSEC hendaklah ditanggung oleh setiap syarikat berdaftar samada ianya aktif ataupun tidak.  Sebuah syarikat berdaftar dengan SSM tidak termasuk  lesen perniagaan khusus yang diperlukan untuk mengendalikan sesuatu perniagaan di Malaysia seperti kontraktor, arkitek dan lain-lain. 

PRIVATE LIMITED COMPANY  | In general, Malaysian citizen and/or foreigners may register a private  company to conduct any legal business in Malaysia with MINIMUM requirements of 2 persons as DIRECTORS and 2 persons as SHAREHOLDERS only.  The minimum PAID UP CAPITAL of RM2.00 (each shareholder to take up 1 unit share at RM1.00 each  ) and   AUTHORIZED SHARE CAPITAL of RM400,000.00 (or 400,000 unit shares at RM1.00 each ) only can be adopted . A registered company must maintain a COSEC  to coordinate and advise on its corporate matters in accordance with the CA 1965 .

The cost of registration of a company would  include company's compulsory corporate records to be produced under the ca 1965 such as REGISTERS, MINUTE BOOK, SHARE CERTIFICATES and COMMON SEAL which will be kept at the COSEC's office as the REGISTERED OFFICE of the company.  A CERTIFICATE OF INCORPORATION ( "FORM 9") will be issued by the SSM upon its incorporation.  M&A , a document representing the company's legitimacy and internal regulation will be issued and certified by the COSEC.   The Company may proceed to business from its incorporation including opening its bank  account, etc. The directors and shareholders  may  refer to  the COSEC for advise on PROCEDURES and  COMPLIANCE with regards to their corporate matters and documentation as regulated and necessary registrations with the SSM. Annual cost for corporate services by the COSEC will be incurred by every registered company, whether active or dormant. A SSM registered company  does not include business licenses that may be required to conduct specific businesses in Malaysia such as contractors, architects and others.
SYARIKAT SEDIA ADA

Sekiranya  diperlukan SEGERA, pelanggan boleh mendapatkan  syarikat baru untuk menjalankan apa-apa perniagaan sah di Malaysia dengan mengambilalih syarikat yang sudah didaftarkan. Syarikat bertaraf  "shelf"  DIJAMIN BEBAS TANGGUNGAN  dan telah didaftarkan dengan SSM dengan minima 2 PENGARAH dan 2 PEMEGANG SAHAM . Lain-lain butiran dan prosidur adalah sama dengan  SYARIKAT  SENDIRIAN BERHAD.

SHELF COMPANY | If needed URGENTLY,  clients may acquire a new company  to conduct any legal business in Malaysia by acquiring a registered company. The "shelf" status company is GUARANTEED  LIABILITY  FREE  and registered with the SSM with the minimum  2  DIRECTORS and 2  SHAREHOLDERS. Other details and procedures are the same as  PRIVATE LIMITED COMPANY.
PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD

LLP digubal bagi mempermudahkan pentadbiran korporat sesuatu perniagaan tetapi dengan mengekalkan status entiti undang-undang bebas. Menjadi alternatif pilihan kepada syarikat milik persendirian,  warga Malaysia dan/atau warga asing boleh mendaftarkan sebuah LLP bagi menjalankan apa-apa perniagaan yang sah di Malaysia dengan SYARAT MINIMA  2 orang sebagai RAKAN KONGSI. Lain-lain syarat pemerbadanan LLP hendaklah dinyatakan khusus dalam PERJANJIAN LLP.  Sebuah LLP berdaftar mestilah mempunyai  PEGAWAI PEMATUHAN bagi menyelaras hal ehwal  LLP  dengan mengikut Akta LLP 2012. Rakan kongsi LLP atau seorang COSEC boleh menjadi Pegawai Pematuhan bagi LLP.

LLP boleh memulakan perniagaan dari tarikh pemerbadanannya termasuklah membuka akaun bank , dll.  Rakan kongsi LLP boleh merujuk kepada COSEC untuk nasihat mengenai PROSIDUR serta PEMATUHAN dalam hal ehwal korporat dan dokumentasi yang ditetapkan serta pendaftaran dengan  SSM. Kos tahunan bagi perkhidmatan korporat oleh COSEC hendaklah ditanggung oleh setiap LLP berdaftar samada ianya aktif ataupun tidak.  Sebuah LLP berdaftar dengan SSM tidak termasuk  lesen perniagaan khusus yang diperlukan untuk mengendalikan sesuatu perniagaan di Malaysia seperti kontraktor, arkitek dan lain-lain.

LIMITED LIABILITY PARTNERSHIP  |  LLP was legislated to facilitate corporate administration of a business yet maintain its independent  legal entity status. An alternative to  private limited company, LLP can be registered by a Malaysian citizen and/or foreigners to conduct any legitimate business in Malaysia with MINIMUM requirement of 2 persons as PARTNERS. Other conditions upon the incorporation of the LLP should  be specifically expressed in the LLP AGREEMENT.  A registered LLP must maintain a COMPLIANCE OFFICER  to coordinate and advise on its corporate matters in accordance with the LLP Act 2012. A partner or a COSEC can become a Compliance Officer for the LLP.

The LLP may proceed to business from its incorporation including opening its bank  account, etc. The LLP partners may  refer to  the COSEC for advise on PROCEDURES and  COMPLIANCE with regards to their corporate matters and documentation as regulated and necessary registrations with the SSM. Annual cost for corporate services by the COSEC will be incurred by every registered LLP, whether active or dormant. A SSM registered LLP  does not include business licenses that may be required to conduct specific businesses in Malaysia such as contractors, architects and others.
PENIAGA TUNGGAL &  PERKONGSIAN

Warganegara atau penduduk tetap Malaysia boleh mendaftarkan PERNIAGAAN dengan berstatuskan pemilikan tunggal ( bagi seorang) atau perkongsian ( lebih dari 2 ahli) untuk menjalankan apa-apa perniagaan sah di Malaysia. UNTUK MENDAFTAR, pemilik atau rakan kongsi hendaklah menyerahkan permohonan pendaftaran secara PERIBADI dengan Pendaftar Perniagaan di SSM  yang akan diproses ketika itu juga.  Sebuah perniagaan berdaftar dengan SSM tidak termasuk  lesen perniagaan khusus yang diperlukan untuk mengendalikan sesuatu perniagaan di Malaysia seperti kontraktor, arkitek dan lain-lain. Sebuah perniagaan tunggal atau perkongsian tidak perlu mempunyai COSEC.

SOLE PROPRIETORSHIP & PARTNERSHIP |   Citizen or permanent residents of Malaysia may register a sole proprietorship ( for single owner) or partnership ( more than 2 members) to conduct any legitimate business in Malaysia.  TO REGISTER, the owner or partners MUST   PERSONALLY submit their application  to the  Registrar of Business at the SSM which will be processed instantly. A sole proprietorship or partnership need not maintain  a COSEC.  A SSM registered business  does not include business licenses that may be required to conduct specific businesses in Malaysia such as contractors, architects and others.

SYARIKAT BUKAN BERASASKAN KEUNTUNGAN @NPO

Pada dasarnya, warga Malaysia dan/atau warga asing boleh yang berlatarbelakangkan baik boleh mendaftarkan sebuah SYARIKAT MENURUT JAMINAN (SBMJ) dengan SSM bagi mewujudkan sebuah NPO, untuk menjalani aktiviti yang bukan
bermaksud mendapatkan keungtungan di Malaysia. SBMJ adalah berstatuskan syarikat awamdan boleh mendapatkan lesen khas di bawah seksyen 24, CA 1965. Umumnya sebuah NPO ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti yang berunsurkan kebajikan dan kemasyarakatan secara sah seperti kesenian, pendidikan, sukan sosial, penyelidikan, agama dan lain-lain. Sebuah SBMJ boleh menggunakan nama seperti "YAYASAN", "INSTITUT", "AKADEMI" dan menggugurkan perkataan "BERHAD" pada namanyadengan kelulusan Menteri. Di antara syarat penting kelulusan pendaftaran SBMJ oleh SSM ialaha mendapatkan jaminan sumbangan atau derma RM 1 JUTA yang mestilah disuntik kedalam SBMJ dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh pemerbadannya.

Struktur dan peraturan pentadbiran korporat bagi sebuah SBMJ adalah hampir serupa dengan syarikat  Sendirina Berhad yang memunyai LEMBAGA PENGARAH/PEMEGANG AMANAH dan PENGASAS/AHLI. SBMJ yang mendapat lesen seksyen 24 adalah tertakluk kepada syarat ketat, antaranya berkaitan penggunaan dana, mendapatkan sumbangan awam, pembelian tanah dan lain-lain. SBMJ boleh memulakan operasi dari tarikh pemerbadanannya termasuklah membuka akaun bank, dll. Para Pemegang Amanah dan ahli-ahlinya boleh merujuk kepada COSEC untuk nasihat mengenai PROSIDUR serta PEMATUHAN dalam hal ehwal korporat dan dokumentasi yang ditetapkan serta pendaftaran dengan SSM. Kos tahunan bagi perkhidmatan korporat oleh COSEC hendaklah ditanggungoleh setiap SBMJ berdaftar samaada ianya aktif ataupun tidak. Sila dapatkan nasihat COSEC.

NON PROFIT COMPANY |  In general a Malaysian and/or foreigner of good standing  can incorporate a COMPANY LIMITED BY GUARANTEE ( SBMJ) with the SSM to form a NPO for the purpose of conducting non profitable activities in Malaysia.  SBMJ is a public company by status and can obtain a special licence  under section 24 of the CA 1965. NPO is generally formed to conduct legitimate community and charity based activities such as arts, education, sports, social, research, religion and others. By the Minister's approval, a SBMJ can use names such as " FOUNDATION", "INSTITUTE", "ACADEMY" and without the name "BERHAD". One important condition for approval of a SBMJ by the SSM is to obtain guaranteed contribution or donation of RM1 MILLION which must be injected into the SBMJ within 6 months from its incorporation.
ENTITI PERNIAGAAN ANTARABANGSA @ IBC

Warganegara Malaysia boleh mendaftarkan syarikat perniagaan antarabangsa yang digelar "IBC" ataupun syarikat luar pesisir,  di negara-negara lain yang menawarkan pemerbadanan syarikat oleh warga asing. Pada dasarnya tujuan mewujudkan IBC ialah untuk melakukan PERDAGANGAN ANTARABANGSA dan  PELABURAN. Tetapi negara tertentu yang bertaraf luar pesisir  mungkin menawarkan kelebihan tambahan dari segi KERAHSIAAN maklumat, rendah CUKAI atau tanpa cukai.  Pemilikan AKAUN BANK dan HARTA  di luar negara sering dilakukan dengan menggunakan IBC.  Umumnya peraturan IBC mungkin tidak membenarkan pemiliknya menjalankan perniagaan dengan penduduk tetap di negara ianya diperbadankan. IBC di Malaysia boleh didaftarkan di Labuan, Sabah.

INTERNATIONAL BUSINESS CORPORATION |   A Malaysian  may register an international business company commonly called the  "IBC"  or an offshore company in other countries that allow incorporation of companies by foreigners.  Generally  the purpose of  forming  an IBC is to conduct INTERNATIONAL TRADE and INVESTMENT. But  certain countries with offshore status may offer added  advantages in terms of   SECRECY , low TAX or tax free.  IBC is commonly used to own BANK ACCOUNTS and PROPERTY  in other countries.  Generally an IBC regulation  may not allow its owners to conduct business with residents  in the country where the IBC is incorporated . An IBC in Malaysia can be registered in Labuan, Sabah.
CONTACT


NO. 49, TINGKAT 1, JALAN TODAK 4. PUSATBANDAR SEBERANG JAYA.
13700 SEBERANG JAYA. PULAU PINANG. MALAYSIA
ENQUIRIES PERTANYAAN


TEL          : +604 398 2488
                  +604 398 4788
FAX         : +604 399 3488

E-MEL     : INFO@QAMSPG.COM
@ COPYRIGHT Q.A.M.S. CORPORATE SERVICES SDN BHD & QAMS PG CORPORATE ADMINISTRATORS SDN BHD
Ahli Persatuan Setiausaha Syarikat Bumiputera Wilayah Utara
Q.A.M.S. Corporate Services Sdn Bhd
QAMS PG Corporate Administrators Sdn Bhd
Licensed Company Secretary
Setiaosaha Syarikat Berlesen
TIPS QAMS
Apabila anda berada dalam dunia perniagaan samada kecil atau sederhana adalah perlu anda mengambil tahu mengenai struktur perniagaan ( syarikat, perkongsian, peniaga tunggal) yang sesuai dengan pelan anda;  kerana struktur perniagaan  yang terbaik dapat memelihara hak dan penat lelah anda membangunkan perniagaan tersebut  dan lebih-lebih lagi agar perniagaan dapat diperturunkan kepada generasi selepas anda.  Lazimnya sebagai peniaga/usahawan anda harus mengetahui dua aliran ilmu pengetahun  iaitu berkaitan PENTADBIRAN perniagaan dan  OPERASI  perniagaan itu sendiri.  Bahagian ini menerangkan mengenai  berjenis STRUKTUR PERNIAGAAN yang terdapat di Malaysia.  Anda harus membaca untuk mengenalnya kemudian boleh mendapatkan pandangan lanjut untuk membuat pilihan anda.  Semoga Berjaya!