PENGARAH SYARIKAT MILIKI SEGALANYA

Pada dasarnya tatkala seseorang yang telah mencecah umur 18 tahun, anda bukan
seorang bankrap dan anda tidak disabitkan apa-apa keslaahan jenayah anda
sudah boleh menjadi seorang Pengarah Syarikat !

Anda juga punyai sebuah syarikat.

Anda juga memiliki perniagaan.

Sebagai peneraju utama syarikat, anda  menjadi Pengarah
Urusan atau CEO, Pengerusi atau Presiden.

Anda seperti sudah punyai segalanya.


PERATURAN & REGULASI SYARIKAT : KEWAJIPAN YANG HARUS DISEMPURNAKAN
SETIAP PENGARAH ?

Tatkala syarikat gagal menyerah dokumen yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) seperti  Penyata Tahunan , anda dipertanggungjawabkan kerana anda pengarahnya.

Tatkala syarikat gagal mengadakan Laporan Kewangan dan mengauditnya , anda dipertanggungjawabkan kerana anda pengarahnya.

Tatkala syarikat gagal membuat atau membayar caruman KWSP & PERKESO pekerja, anda dipertanggungjawabkan kerana anda pengarahnya.

Tatkala syarikat gagal membuat atau membayar  GST atau lain-lain cukai Kastam, anda dipertanggungjawabkan kerana anda pengarahnya.

Tatkala syarikat gagal membuat atau membayar Cukai Pendapatan dan lain-lain obligasi dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM),  anda dipertanggungjawabkan kerana anda pengarah.

Tatkala syarikat gagal membuat bayaran kepada pembekal atau sub-kontraktor anda dipertanggungjawabkan kerana anda pengarah.

Tatkala syarikat gagal membuat bayaran pinjaman kepada peminjam atau bank,  anda dipertanggungjawabkan kerana anda pengarah dan anda mungkin penjaminnya.

Tatkala syarikat melanggar sesuatu kontrak  dan disaman, anda dipertanggungjawabkan kerana anda pengarah.

Tatkala syarikat tidak mendapat untung dan tidak dapat memberikan dividen kepada Pemegang Saham anda dipersalahkan kerana mungkin anda dianggap tidak mentadbir hal ehwal kewangan dengan secekapnya.



PENGARAH SYARIKAT BERTANGGUNGJAWAB ATAS SETIAP PERKARA

Anda mencari modal untuk disuntik dalam perniagaan.

Anda mendapatkan projek atau membangunkan projek baru untuk syarikat.

Anda menyelia operasinya.

Anda mengawasi hal ehwal kewangannya.

Anda mengatur hal ehwal pekerja.

Anda menyelia perihal pembekal dan kontraktor.

Anda perlu mengawal semua kos.

Anda menyelia jualan dan pemasarannya.

Bak kata anda yang membesarkan amalah boleh mengecilkan sesuatu syarikat.

Dengan menyempurnakan  semua tanggungjawam dan beban-beban ini
anda  mungkin sudah boleh dianggap seorang usahawan!


PENGARAH DAN DILEMA DENGAN RAKAN KONGSI ? 

Di samping status yang anda nikmati, anda punyai rakan kongsi yang juga pengarah.

Anda harus merujuk kepadanya untuk sebarang keputusan besar yang akan anda lakukan.

Dia juga mungkin menyuntik modal dalam syarikat, jadi keputusannya harus anda hormati.

Apabila sesuatu Resolusi  bertulis diperlukan, anda harus mendapatkan persetujuan rakan kongsi. 

Tatkala semua cek syarikat harus ditandatangan oleh rakan kongsi , anda harus juga mendapatkan persetujuannya.

Anda juga punyai rakan kongsi dan anda harus berinteraksi dengannya.

Pokoknya anda juga punya kuasa membuat keputusan, menerima atau menolak sesuatu keputusan, tetapi anda harus mendapatkan persetujuan.

Anda mungkin rasa seperti dikongkong; oleh peraturan , oleh rakan kongsi, oleh semua perkara atas nama syarikat dan perniagaan.


SETIAUSAHA SYARIKAT : 'TEMAN' TERBAIK SEORANG PENGARAH SYARIKAT. 

Sebagai Pengarah Syarikat, anda juga bertanggungjawab  menyelia hal-ehwal korporat syarikat anda yang diwajibkan oleh pelbagai undang-undang di Malaysia khususnya  SSM dan LHDNM.

Tatkala semua urusan dibebankan ke atas bahu anda sebagai Pengarah , anda mungkin berasa sedikit lega kerana anda ada seorang Setiausaha Syarikat untuk membantu anda menjaga hal-ehwal korporat syarikat anda.

Setiausaha Syarikat menyediakan dokumentasi anda dalam hal perbankan.

Setiausaha Syarikat memfailkan pendaftaran anda sebagai pengarah dan Pemegang Saham dan juga kemasukan serta penarikan diri pengarah dan pemegang saham yang lain.

Setiausaha Syarikat mengemaskinikan rekod dan daftar yang diwajibkan oleh SSM dan Akta Syarikat Malaysia.

Setiausaha Syarikat mengingatkan anda bahawa akaun syarikat anda harus ditutup untuk diaudit.

Setiausaha Syarikat mengedarkan Laporan Audit syarikat kepada semua Pemegang Saham yang lain dan memfailkan ke SSM.

Setiausaha Syarikat  mungkin pendengar terbaik sekiranya anda menghadapi dilema dengan rakan kongsi.

Walaupun Setiausaha Syarikat tidak boleh campurtangan dalam hal ehwal dalaman syarikat anda , tetapi dia boleh memberikan idea dan cadangan yang boleh membantu anda membuat keputusan terbaik dalam menerajui syarikat anda.



SETELAH ANDA MENGETAHUI SEMUA TANGGUNGJAWAB DAN TANGGUNGAN ANDA, ADAKAH ANDA MERASA

SEORANG PENGARAH PUNYAI HAK MUTLAK MENGAWAL SYARIKAT?  

SEORANG PENGARAH PUNYAI KEDUDUKAN YANG PALING SELAMAT DARI SUDUT UNDANG-UNDANG?   

SEORANG PENGARAH SEPATUTNYA ORANG YANG PALING BERKUASA DAN PALING KAYA DALAM SYARIKAT ? 




NO. 49, TINGKAT 1, JALAN TODAK 4. PUSATBANDAR SEBERANG JAYA, 13700 SEBERANG JAYA. PULAU PINANG. MALAYSIA
Telephone : +604 398 2488 / +604 398 4788     Fax: +604 399 3488
Email  : info@qamspg.com

Setiausaha Syarikat Berlesen
Licensed Company Secretary
Ahli Persatuan Setiausaha
Syarikat Bumiputera
Wilayah Utara
TANYA SETIAUSAHA SYARIKAT       Waktu Pejabat (Office Hours)
ASK THE COMPANY SECRETARY            9 AM - 5 PM Isnin-Jumaat (Monday-Friday)
+6019 476 5483




@ COPYRIGHT Q.A.M.S. CORPORATE SERVICES SDN BHD