SESIAPA PUN BOLEH JADI AHLI PERNIAGAAN
Mungkin anda yakin dan bersedia menjadi ahli perniagaan kerana anda mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang cukup luas. Mungkin juga anda graduan berijazah kehormat sarjana dari universiti tempatan atau antarabangsa, seorang Professor ataupun seorang profesional seperti peguam, doktor dan sebagainya.
Atau mungkin anda tidak punya kelulusan akademik yang tinggi tetapi anda punyai disiplin dan kecergasan minda yang baik. Atau mungkin anda hanya orang kampung tetapi punyai keberanian dan semangat yang tinggi untuk berjaya.
Mungkin juga anda teruja melihat perniagaan kecil menjadi besar dan yang tempatan menjadi global dan yakin anda juga boleh melakukannya!
Namun patut juga kalau anda sedikit gentar terutamanya ketika melihat perniagaan yang besar jatuh menjadi kecil atau terus gulung tikar.
SYARIKAT : ‘MELAHIRKAN ORANG BARU’
Dengan memperbadankan sebuah syarikat, anda sudah mewujudkan satu entiti baru atau satu orang baru dalam ekonomi.
Syarikat ini adalah platform untuk anda membangunkannya dari kecil sehingga sederhana dan seterusnya membesar sehingga menjadi sebuah empayar perniagaan bertaraf antarabangsa.
Melalui syarikat, anda juga membuka peluang pekerjaan kepada orang lain untuk meyara kehidupan mereka. Melalui syarikat juga, anda turut menyumbang kepada kepada perdagangan dan pembinaan masyarakat.
Kini andalah yang harus memastikan orang buatan ini mencapai matlamatnya!.
PENGARAH ATAU PEMEGANG SAHAM ?
Dengan mendaftarkan syarikat sendirian berhad di Malaysia, Brunei, atau private limited company di Singapura, Hong Kong, China atau “Corporation” di negara lain; maupun Limited Liability Company LLC seperti di Amerika Syarikat , anda sudah menjadi seorang Pengarah Syarikat !
Juga dengan menyuntik modal seminima RM2 di Malaysia anda sudah menjadi seorang Pemegang Saham atau Shareholder!
Samada anda berkedudukan sebagai Pengarah ataupun Pemegang Saham, anda sudah mempunyai tanggungjawab, hak maupun tanggungan yang ditentukan di bawah undang-undang syarikat di Malaysia!
MENENTU BUDAYA DAN NILAI SYARIKAT
Anda terpaksa melalui segala susah payah dan pengorbanan demi membangunkan syarikat dan perniagaan.
Tindakan anda ibarat kaki dan tangan syarikat anda.
Fikiran anda ibarat mindanya.
Diri anda adalah refleksi kepada imej syarikat anda.
Sikap dan pendirian anda boleh menjadi polisi dan ketetapan syarikat anda!
SAHAM SYARIKAT SAYA, PUSAKA SAYA !
Melalui syarikat anda mempertarungkan tulang empat kerat, minda, jiwa dan raga membesarkannya seumpama anda membesarkan seorang bayi.
Dengan perancangan dan amalan pengurusan yang terbaik anda juga mengumpulkan harta atas nama syarikat anda.
Harta ini, atas nama saham syarikat boleh anda pindahmilikkan.
Kejayaan syarikat tergantung kepada anda selaku penerajunya!
Semuanya terletak di bahu anda!
SAHAM SYARIKAT MENJADI PUSAKA
Melalui syarikat anda mempertarungkan tulang empat kerat, minda, jiwa dan raga membesarkannya seumpama anda membesarkan seorang bayi.
Dengan perancangan dan amalan pengurusan yang terbaik anda juga mengumpulkan harta atas nama syarikat anda.
Harta ini, atas nama saham syarikat boleh anda pindahmilikkan.
Kejayaan syarikat tergantung kepada anda selaku penerajunya!
Semuanya terletak di bahu anda!
NO. 49, TINGKAT 1, JALAN TODAK 4. PUSATBANDAR SEBERANG JAYA, 13700 SEBERANG JAYA. PULAU PINANG. MALAYSIA
Telephone : +604 398 2488 / +604 398 4788 Fax: +604 399 3488
Email : info@qamspg.com
Setiausaha Syarikat Berlesen
Licensed Company Secretary
Ahli Persatuan Setiausaha
Syarikat Bumiputera
Wilayah Utara
TANYA SETIAUSAHA SYARIKAT Waktu Pejabat (Office Hours)
ASK THE COMPANY SECRETARY 9 AM - 5 PM Isnin-Jumaat (Monday-Friday)
+6019 476 5483
@ COPYRIGHT Q.A.M.S. CORPORATE SERVICES SDN BHD