DAFTAR SYARIKAT UNTUK BERNIAGA

Dengan NAMA SYARIKAT yang sesuai dan diluluskan oleh Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM) seorang warga Malaysia atau warga asing
yang berumur lebih dari 18 tahun sudah boleh mendaftarkan
syarikat persendirian.

JENIS DAN AKTIVITI PERNIAGAAN 

Anda boleh menjalankan apa jua bentuk dan jenis perniagaan yang sah di
Malaysia; daripada perkhidmatan, perdagangan, perundingan, kontraktor,
pelaburan  dan sebagainya.

MENJADI PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT 

Dengan mendaftarkan syarikat, anda boleh memilih untuk  menjadi PENGARAH dan 
PEMEGANG SAHAM serentak dalam syarikat anda sendiri. Sebaliknya anda juga
boleh melantik pihak lain sebagai pengarah syarikat anda.

MODAL SYARIKAT 

Selaku Pemegang Saham anda juga hendaklah menyuntik MODAL dalam
syarikat ; tergantung kepada kemampuan dan keperluan syarikat anda. 
Anda juga boleh bergabung dengan beberapa rakan dan pihak lain
untuk turut menyuntik modal tambahan dalam syarikat  untuk
mengembangkan  aktriviti perniagaan mengikut perancangan anda.

SETIAUSAHA SYARIKAT IALAH SETIAUSAHA KORPORAT

Setiap syarikat berdaftar hendaklah mempunyai SETIAUSAHA
SYARIKAT yang berlesen dan diiktiraf oleh SSM.  Setiausaha
Syarikat  akan menyimpan, mengemaskini, menyedia, merekod
serta menasihatkan anda, selaku pengarah dan pemegang
Saham  berkaitan hal ehwal korporat yang perlu anda
ketahui atau patuhi mengikut Akta Syarikat di Malaysia.


REKOD DAN DOKUMEN BERKANUN SYARIKAT 

Syarikat anda hendaklah menyimpan rekod dan dokumen  berkanun, iaitu rekod dan dokumen yang wajib diadakan mengikut Akta Syarikat di Malaysia. Rekod dan dokumen akan disedia, difailkan , disimpan, dikemaskini dan dipersahkan oleh Setiausaha Syarikat anda.


PERLEMBAGAAN  SYARIKAT 

Syarikat  anda  mestilah mempunyai PERLEMBAGAANnya. Anda boleh merangka Perlembagaan syarikat anda sendiri bagi menyesuaikan dengan kehendak anda dan rakan kongsi, Sebaliknya anda boleh menggunapakai segala peraturan yang ditetapkan dalam Akta Syarikat  Malaysia sekiranya anda mempunyai pengetahuan yang baik mengenai Akta tersebut.




AKAUN BANK DAN TRANSAKSI PERDAGANGAN

Setelah didaftarkan SSM,  syarikat anda  sudah boleh memulakan perniagaan, membuka akaun bank, melakukan segala bentuk perdagangan yang dirancangkan , membeli dan menjual harta, menandatangan apa-apa bentuk kontrak dan selainnya atas nama syarikat anda sendiri. 





REKOD DAN DOKUMEN KEWANGAN SYARIKAT 

Syarikat  anda hendaklah menyimpan dokumen dan rekod kewangan  dengan sebaiknya  dan kemudian diringkaskan dalam bentuk Penyata Kewangan tahunan atau bagi tempoh yang dikehendaki. Akaun Untung & Rugi dan Lembaran Imbangan syarikat anda hendaklah diaudit oleh Juruaudit Bertauliah . Laporan dan Penyata Kewangan Yang Diaudit  yang dikeluarkan oleh Juruaudit anda  hendaklah diserahkan oleh Setiausaha Syarikat anda kepada SSM setiap tahun.






AGEN CUKAI PENDAPATAN 

Syarikat  anda juga hendaklah menyerahkan sesalinan Laporan Audit
tersebut kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
melalui Agen Cukai yang anda lantik.







PERLESENAN & PERMIT PERNIAGAAN 

Syarikat hendaklah memohon sendiri apa-apa lesen perniagaan yang
diperlukan mengikut jenis perniagaan dan aktivitinya dengan merujuk
kepada jabatan atau kementerian yang berkaitan.








NO. 49, TINGKAT 1, JALAN TODAK 4. PUSATBANDAR SEBERANG JAYA, 13700 SEBERANG JAYA. PULAU PINANG. MALAYSIA
Telephone : +604 398 2488 / +604 398 4788     Fax: +604 399 3488
Email  : info@qamspg.com

Setiausaha Syarikat Berlesen
Licensed Company Secretary
Ahli Persatuan Setiausaha
Syarikat Bumiputera
Wilayah Utara
TANYA SETIAUSAHA SYARIKAT       Waktu Pejabat (Office Hours)
ASK THE COMPANY SECRETARY            9 AM - 5 PM Isnin-Jumaat (Monday-Friday)
+6019 476 5483




@ COPYRIGHT Q.A.M.S. CORPORATE SERVICES SDN BHD